Monday, August 15, 2011

soalnya hati...sukar dimengerti


Allah SWT jadikan hati ni sangat unik. Di dalamnya ada macam-macam rencam rasa. Suka, benci, kasih, sayang, cinta, rindu,dendam dan macam-macam lagi kalau mahu aku senaraikan satu persatu. Kerana itu hati ini punya keunikannya tersendiri.

Semua itu rempah ratus hati, semulajadi tercipta dari hati. Atas sebab itu, kebijaksanaan akal diperlukan untuk mengawal jumlah campurannya mengikut keperluan, bukan kemahuan. Kerana jika sukatannya terkhilaf, maka kita menjadi pengikut hati.

Kata orang tua-tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kata mereka akal punya keupayaan yang hebat untuk memimpin hati supaya bertindak berdasarkan perkiraan akal. Tapi kata aku. jika ianya membabitkan olahan perasaan, hati tidak boleh diberi hujah logik.

Jika itu pilihan hati. Sekuat mana akal menolak, bila suatu rasa mekar dihati, akal selalunya pasrah mengikut naluri yang satu itu.

Soalnya…hati tidak boleh dipaksa. Kalau hati sudah sayang, sayangnya sampai ke mati. Kalau hati sudah benci, merayu, melutut sekalipun rasa itu tak akan pergi.Bagaimana mahu memaksa hati membenci kalau yang bersarang dihati adalah kasih, rindu dan sayang. Bagaimana mau memaksa melupakan seseorang sedangkan dia tidak pernah turun dari takhta dihati.Susahkan? Kerana itu jangan pernah mempermainkan hati. Salah langkah, hati bisa remuk redam, hancur tidak bersisa.


p/s : Sila katakan aku gila. Aku tidak kesah.. Sampai bilapun, hati aku hanya untuk dia. Untuk Dia hingga ke syurga…

No comments: