Thursday, August 18, 2011

Ini Kisahku..

assalamualaikum,
hari ini hari jumaat 19 ogos 2011..dah 19hari kite berpuasa,masyaallah..hari ini perasaan tu datang lagi..kisah Wardina Safiyyah..Ya Allah ya tuhanku..menangis aku..hati aku betul-betul terdetik..mmg apa yg Wardina cakapkan tu aku dah rasai..astaghfirullahaladzhim... ='(
Kisahku, Nur Hafizoh hj Idris..

insan yg dh begitu banyak melakukan dosa..dalm diri kita sendiri mmg banyak dosa yg dah kita lakuakan..iya,sejak dari kita lahir,sudah pn kita lakukan dosa.bayangkan betapa banyaknya dosa yg dah aku buat Ya Allah Ya Rabbul Izzati..Kalau nak dikenangkan kisah silam aku,aku percaya aku ini adalah insan yang hina. setelah kita tonton kisah Wardina Safiyah,di sini aku ingin berkongsi kisah aku pula,Ini kisahku..

2008,Kolej Matrikulasi Kedah :
Disini aku mempelajari sesuatu dengan rakan-rakan yang lebih baik daripadaku..Didi,Nida,Kak Fazilah dann Kak Ana..aku belajar untuk menjadi lebih baik daripada hidupku yang sebelumnya..
selepas tamatnya pengajian di Matrikulasi,aku mendapat offer dari Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad,di Balok Pahang untuk menjadi guru ganti. Di Sana,aku didedahkan dengan pelbagai sifat kanak-kanak..syukur aku dipertemukan dengan kanak-kanak yang sebegitu kerana jiwa mereka,hati mereka sangat suci jika nak dibandingkan dengan aku.Aku mula rasakan sesuatu yg berbeza.panggilan aku bertukar menjadi 'Mua'llimah(ustazah/guru perempuan) apabila dipanggil oleh para pelajarku.Aku terkedu kerana pada masa tu layakkah aku yang cetek ilmunya dalam bidang agama islam sendiri untuk dipanggil sebagai ustazah??Aku malu dengan diri aku sendiri.Tiap-tiap petang di sekolah,aku lihat anak-anak kecil ini akan sembahyang berjemaah bersama-sama.pada waktu pagi pula mereka akan membaca ma'thurat.Hati aku mulai terdetik untuk berubah..Dari situ,aku belajar memakai jilbab yang agak labuh daripada kakakku sendiri.Suatu malam,aku melakukan solat sunat taubat,aku menangis sekuat hati memohon kemapunan daripada Allah swt supaya memaafkan segala dosa-dosa yg telah aku lakukan..Aku dapat rasakan kemanisan itu,hadir dalam diri aku..pada masa tu,tuhan sahajalah yg tahu betapa ikhlasnya aku untuk mendapatkan keampunan-Nya..
Selepas 2bulan aku berhenti menjadi guru ganti kerana aku mendapat tawaran ke UTM,Skudai..
Sebelum masuk ke utm,aku perlu menyediakan kelengkapan diri seperti pakaian dan lain-lain lagi.Waktu itu aku ingin bersendirian.tetiba aku rasakan kaki aku sangat ringan untuk masuk ke sebuah kedai muslimah..aku tidak tahu kenapa,tetapi yg pastinya,tanganku cepat-cepat mencapai 6helai tudung labuh..iya,secara jujurnya aku terkedu.sebenarnya apa yg aku cuba fikirkan sekarang ini..aku sendiri tak mengerti..secara pantas,aku membeli tudung-tudung tersebut.dan apabila aku pulang ke rumah,abah dan mak serta kakak-kakak ku yg lain bertanya kepadaku apa yg telah aku persiapkan untuk ke utm..aku dengan segera mencapai hijab-hijab yg aku beli tadi..aku melihat riak wajah abah..ternyata,Abah mahu menitiskan air matanya..abah gembira melihat perubahan pada diri ku..Mak pula mengucap panjang dan terus memelukku..Ternyata,kuasa Tuhan,hati aku menjadi lebih ringan..Rupa-rupanya inilah yang aku tercari-cari selama ni..Aku Bersyukur sangat-sangat aku masih lagi berada di landasan yg betul kerana Allah masih lagi memberi aku peluang untuk bertaubat..


Ingatan Bersama: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

p/s: sungguhpun alu sahaja yang tahu cerita kisahku,aku tetap bahagia sekarang dengan apa yg dah aku pelajari..

salam sayang, NurFizah




No comments: