Salam..ini ada perkongsian sedikit untuk semua..
Pertanyaan yang berbunyi ” Apa yer yang lelaki suka pada seorang wanita..” muncul dari bibir seorang isteri menyebabkan saya kaget untuk memberikan jawapan. Saya dapat mengagak jawapan yang dimahukan pastinya KECANTIKAN.
Barangkali jika ditanya dengan semua lelaki di dunia pun, pasti pelbagai jawapan akan anda dengari. Pada si isteri tadi, semestinya lelaki menginginkan kecantikan menjadi NO 1 dalam pemilihan pasangan hidup. BETUL TAK? Padanya, kecantikanlah penentu kebahagiaan suaminya.
Namun kecantikan pada saya bukan menjadi ukuran sebenar kebahagiaan sesebuah keluarga. Jika hanya rupa parasnya secantik siti nurhaliza…tapi perangainya tidak seindah mana..rasanya kecantikan boleh di tolak tepi.
Lihat saja yang cantik molek di kaca TV , berapa ramai dari mereka yang boleh dijadikan CONTOH? Rasanya tidak sampai 10 % pun.
Pada seorang lelaki kelemahannya adalah SEORANG WANITA. Namun bagi seorang manusia lembut bergelar wanita kelemahan utamanya bukan LELAKI tetapi PERHIASAN dan aksesori. Betul tak wahai wanita diluar sana?
Pada sang lelaki, kecantikan itu bukan hanya pada solekan dan rupa paras, tapi kecantikan itu lahir dari gerak geri dan tingkah laku. Ia boleh diibaratkan anda mahu membeli sesuatu yang berharga dan anda lihat dari jauh seribu satu kesempurnaan namun bila anda sudah milikinya …rupa-rupanya ianya TIDAK berguna.
Bayangkan anda ingin memiliki sebuah rumah Banglo dua tingkat yang harganya mencecah ratusan ribu. Hanya dengan cat yang menarik dan rekaan yang hebat lalu anda membuat keputusan memilikinya. Tiba-tiba setelah memilikinya ….barulah anda tahu sebenarnya struktur binaan banglo itu tidak kukuh. Retak sana dan sini.
Perumpamaan yang saya bawakan bukanlah bermaksud menyamakan WANITA yang begitu mulia dengan rumah. Tetapi sekadar untuk memberi gambaran lebih jelas.
Sebab itulah sesetengah lelaki lebih suka melihat STRUKTUR nya dari Warna dan rekaan luarnya. Dengan kata lain, penampilan luaran kadang-kadang menjadi ukuran dalam pemilihan namun ianya bukanlah yang UTAMA.
Namun begitu kecantikan tidak boleh dinafikan juga wujud dalam pemilihan seorang lelaki. Sudut pandangnya sedikit berbeza dengan apa yang wanita fikirkan. Saya berikan contoh seperti dibawah:
CANTIK PADA LELAKI:
- Kelihatan kemas dan penampilan bersih dan akhlak HEBAT. Namun had yang lelaki tetapkan bukanlah sempurna 100% . Contoh mudah nak bagi faham adalah tentang MASAKAN.
” Lelaki bertanya: Adakah awak pandai memasak?” Lalu jawab wanita: TAK pandai.
Apa yang lelaki fikir dari pertanyaannya : Memasak yang diinginkan lelaki adalah tahu serba sedikit. Bukan perlu tahu semua jenis masakan. Cukup sekadar pandai nasi goreng, mee goreng..masak telur dan jenis yang `simple2` jer.
Wanita tadi mungkin rendah diri lalu menjawab “TAK” disebabkan merasakan dirinya tidak lengkap habis semua resepi lagi. Oleh itu jawapan yang sesuai adalah : “Tahu juga la sikit-sikit”.
Ini kerana lelaki memahami ayat yang diberikan secara `DIRECT` tetapi perempuan memahami secara `INDIRECT` atau yang tersirat.
Contoh lain nak bagi mudah faham: “BENCI” . Jika perempuan mengatakan BENCI pada lelaki maka dia bermaksud tidak suka akan sesetengah tindakan lelaki itu. Bukanlah maksudnya sangat-sangat bensi.Tapi sekadar nak ekspresikan ketidakpuasannya supaya mendapat perhatian.
Tetapi apa yang lelaki fikirkan adalah: PEREMPUAN ITU SANGAT-SANGAT BENCI KANNYA. Lihat perbezaan pemahaman ini menyebabkan salah faham dalam rumah tangga.
Contoh diatas diberikan untuk memberi kejelasan pada anda yang mungkin sedikit kurang faham tentang lelaki. Diharap memahami apa yang saya cuba sampaikan. Sekian.
No comments:
Post a Comment