Friday, August 19, 2011

♥CintaSempurna♥

Aku manusia lemah selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimuu
Darimuuu...

Bukan aku tak pernah mengerti dirimu
Kusanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu akhirkan semua
Dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan..

Sempurnanya sifatmu tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimuu
Darimuuu...

Thursday, August 18, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv

Ini Kisahku..

assalamualaikum,
hari ini hari jumaat 19 ogos 2011..dah 19hari kite berpuasa,masyaallah..hari ini perasaan tu datang lagi..kisah Wardina Safiyyah..Ya Allah ya tuhanku..menangis aku..hati aku betul-betul terdetik..mmg apa yg Wardina cakapkan tu aku dah rasai..astaghfirullahaladzhim... ='(
Kisahku, Nur Hafizoh hj Idris..

insan yg dh begitu banyak melakukan dosa..dalm diri kita sendiri mmg banyak dosa yg dah kita lakuakan..iya,sejak dari kita lahir,sudah pn kita lakukan dosa.bayangkan betapa banyaknya dosa yg dah aku buat Ya Allah Ya Rabbul Izzati..Kalau nak dikenangkan kisah silam aku,aku percaya aku ini adalah insan yang hina. setelah kita tonton kisah Wardina Safiyah,di sini aku ingin berkongsi kisah aku pula,Ini kisahku..

2008,Kolej Matrikulasi Kedah :
Disini aku mempelajari sesuatu dengan rakan-rakan yang lebih baik daripadaku..Didi,Nida,Kak Fazilah dann Kak Ana..aku belajar untuk menjadi lebih baik daripada hidupku yang sebelumnya..
selepas tamatnya pengajian di Matrikulasi,aku mendapat offer dari Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad,di Balok Pahang untuk menjadi guru ganti. Di Sana,aku didedahkan dengan pelbagai sifat kanak-kanak..syukur aku dipertemukan dengan kanak-kanak yang sebegitu kerana jiwa mereka,hati mereka sangat suci jika nak dibandingkan dengan aku.Aku mula rasakan sesuatu yg berbeza.panggilan aku bertukar menjadi 'Mua'llimah(ustazah/guru perempuan) apabila dipanggil oleh para pelajarku.Aku terkedu kerana pada masa tu layakkah aku yang cetek ilmunya dalam bidang agama islam sendiri untuk dipanggil sebagai ustazah??Aku malu dengan diri aku sendiri.Tiap-tiap petang di sekolah,aku lihat anak-anak kecil ini akan sembahyang berjemaah bersama-sama.pada waktu pagi pula mereka akan membaca ma'thurat.Hati aku mulai terdetik untuk berubah..Dari situ,aku belajar memakai jilbab yang agak labuh daripada kakakku sendiri.Suatu malam,aku melakukan solat sunat taubat,aku menangis sekuat hati memohon kemapunan daripada Allah swt supaya memaafkan segala dosa-dosa yg telah aku lakukan..Aku dapat rasakan kemanisan itu,hadir dalam diri aku..pada masa tu,tuhan sahajalah yg tahu betapa ikhlasnya aku untuk mendapatkan keampunan-Nya..
Selepas 2bulan aku berhenti menjadi guru ganti kerana aku mendapat tawaran ke UTM,Skudai..
Sebelum masuk ke utm,aku perlu menyediakan kelengkapan diri seperti pakaian dan lain-lain lagi.Waktu itu aku ingin bersendirian.tetiba aku rasakan kaki aku sangat ringan untuk masuk ke sebuah kedai muslimah..aku tidak tahu kenapa,tetapi yg pastinya,tanganku cepat-cepat mencapai 6helai tudung labuh..iya,secara jujurnya aku terkedu.sebenarnya apa yg aku cuba fikirkan sekarang ini..aku sendiri tak mengerti..secara pantas,aku membeli tudung-tudung tersebut.dan apabila aku pulang ke rumah,abah dan mak serta kakak-kakak ku yg lain bertanya kepadaku apa yg telah aku persiapkan untuk ke utm..aku dengan segera mencapai hijab-hijab yg aku beli tadi..aku melihat riak wajah abah..ternyata,Abah mahu menitiskan air matanya..abah gembira melihat perubahan pada diri ku..Mak pula mengucap panjang dan terus memelukku..Ternyata,kuasa Tuhan,hati aku menjadi lebih ringan..Rupa-rupanya inilah yang aku tercari-cari selama ni..Aku Bersyukur sangat-sangat aku masih lagi berada di landasan yg betul kerana Allah masih lagi memberi aku peluang untuk bertaubat..


Ingatan Bersama: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

p/s: sungguhpun alu sahaja yang tahu cerita kisahku,aku tetap bahagia sekarang dengan apa yg dah aku pelajari..

salam sayang, NurFizah




Monday, August 15, 2011

soalnya hati...sukar dimengerti


Allah SWT jadikan hati ni sangat unik. Di dalamnya ada macam-macam rencam rasa. Suka, benci, kasih, sayang, cinta, rindu,dendam dan macam-macam lagi kalau mahu aku senaraikan satu persatu. Kerana itu hati ini punya keunikannya tersendiri.

Semua itu rempah ratus hati, semulajadi tercipta dari hati. Atas sebab itu, kebijaksanaan akal diperlukan untuk mengawal jumlah campurannya mengikut keperluan, bukan kemahuan. Kerana jika sukatannya terkhilaf, maka kita menjadi pengikut hati.

Kata orang tua-tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kata mereka akal punya keupayaan yang hebat untuk memimpin hati supaya bertindak berdasarkan perkiraan akal. Tapi kata aku. jika ianya membabitkan olahan perasaan, hati tidak boleh diberi hujah logik.

Jika itu pilihan hati. Sekuat mana akal menolak, bila suatu rasa mekar dihati, akal selalunya pasrah mengikut naluri yang satu itu.

Soalnya…hati tidak boleh dipaksa. Kalau hati sudah sayang, sayangnya sampai ke mati. Kalau hati sudah benci, merayu, melutut sekalipun rasa itu tak akan pergi.Bagaimana mahu memaksa hati membenci kalau yang bersarang dihati adalah kasih, rindu dan sayang. Bagaimana mau memaksa melupakan seseorang sedangkan dia tidak pernah turun dari takhta dihati.Susahkan? Kerana itu jangan pernah mempermainkan hati. Salah langkah, hati bisa remuk redam, hancur tidak bersisa.


p/s : Sila katakan aku gila. Aku tidak kesah.. Sampai bilapun, hati aku hanya untuk dia. Untuk Dia hingga ke syurga…

Thursday, August 11, 2011

Dia Mengetahui Segalanya (^^,)

Aku terfikir....Allah telah berikan padaku dan makbulkan permintaanku yang pada asalnya nampak seperti

permintaan yang main-main.Allah makbulkan pada kali ini.Aku yakin Dia makbulkan pada masa yang amat sesuai

untuk diri aku kerana Dia lebih mengetahui segalanya.Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya jika kita

berikan terbaik untukNya.

Setiap kali kita menyambut hari kelahiran kita lupa yang kematian semakin hampir dengan kita.Kita meraikan hari

mati sebenarnya bukan hari permulaan lahir ke dunia.Lahir ke dunia telah berlalu lama sudah,yang kita raikan

sekarang hari-hari menuju kematian.Kematian yang pastinya datang tanpa diundang atau dijemput.Sedarlah wahai

semua apa yang ada di dunia akan kita tinggalkan segalanya.Harta kekayaan yang melimpah ruah,sahabat handal

yang sering ketawa bersama dan segalanya akan ditinggalkan kita.Kita lahir dengan tangisan tetapi kematian kita

diiringi dengan tangisan oleh orang lain.Tidak ada guna semuanya yang tinggal hanya amalan,ilmu yang memberi

manfaat kepada orang lain dan anak-anak yang soleh.


Semakin hari semakin banyak kelemahan dan kekurangan yang dirasakan.Terasa ingin hidup lebih lama untuk

memperbaiki kesilapan dan menyelesaikan yang tertunggak.Manusia tidak ada hak untuk menentukan umurnya

sendiri.Terfikir jika aku tidak sempat untuk memperbaiki kelemahan,membetulkan yang salah,mencantikkan yang

elok,menyelesaikan yang tertunggak,membina yang roboh,mengukuh yang terbina,menambah yang sedia ada ?

Menjadi manusia yang baik dan mampu menjadikan manusia yang lain juga baik adalah tugas kita sebagai

manusia.Orang Islam adalah seperti bangunan yang mengukuhkan antara satu sama lain.Jika aku kurang baik atau

tidak baik sama sekali perbetulkanlah !!..elokkanlah !!..Banyak lagi benda belum settle..hmm...banyak lagi

benda yang perlu dibaiki..hmmm.. banyak lagi benda yang diimpikan belum tercapai..hmm..Itulah..jika 1000 tahun pun umur

kita pasti ada yang belum selesai.Umur biarlah berkualiti dengan pengisian dan pemberian..Jika tidak mampu

mengisi banyakkanlah memberi..jika tidak mampu memberi banyakkanlah mengisi.

Terima kasih pada semua yang berada disekeliling aku.Kalian sudah banyak memberi semangat dan pengajaran yang baik

kepada aku.Tidak kira yang lebih tua atau yang muda dari aku sama ada pelajar aku sendiri.Kalian banyak

memberikan aku pengalaman dan pengajaran yang berguna secara langsung atau tidak.

Terima kasih pada mak dan arwah abah , kerana menjaga aku dan memberikan yang terbaik untukku.

Kalian harta yang paling berharga yang aku miliki,maka jangan menghilangkan diri dariku.Saudara

maraku..terima kasih kerana banyak membantuku.Sahabat-sahabatku yang banyak menjadi pendengar masalahku.Pelajar

pelajarku yang memberikan pengalaman kepadaku.Kalian adalah yang terbaik sepanjang aku menjadi manusia yang

bernyawa dan tidak lupa juga kepada yang tersayang yang banyak membimbingku.Itu semua adalah harta yang aku miliki di atas pentas lakonan duniawi ini..

Monday, August 8, 2011

cara memilih pasangan lelaki VS wanita

Bagaimanakah cara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan mereka? Di sini saye kongsikan bersama hasil kajian terhadap 100 orang lelaki dan juga wanita...jom kite lihat ^^,

Lelaki- Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan visual atau penampilan seseorang wanita itu. Ini kerana lebih daripada 80% lelaki memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.

Hasil daripada gambar rajah juga menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mementingkan wanita yang bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkankeegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.

Wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil pula adalah merupakan peratus yang paling sedikit didalam cara seorang lelaki memilih pasangan. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud didalam diri mereka.

Wanita- Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.

Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain daripada itu, ia juga mungkin kerana wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.


p/s: mungkin inilah lumrah hidup sebagai lelaki dan wanita..wallahua'lam bissowar..

Saturday, August 6, 2011

cantik dalam cantik luar

Salam..ini ada perkongsian sedikit untuk semua..

Pertanyaan yang berbunyi ” Apa yer yang lelaki suka pada seorang wanita..” muncul dari bibir seorang isteri menyebabkan saya kaget untuk memberikan jawapan. Saya dapat mengagak jawapan yang dimahukan pastinya KECANTIKAN.

Barangkali jika ditanya dengan semua lelaki di dunia pun, pasti pelbagai jawapan akan anda dengari. Pada si isteri tadi, semestinya lelaki menginginkan kecantikan menjadi NO 1 dalam pemilihan pasangan hidup. BETUL TAK? Padanya, kecantikanlah penentu kebahagiaan suaminya.

Namun kecantikan pada saya bukan menjadi ukuran sebenar kebahagiaan sesebuah keluarga. Jika hanya rupa parasnya secantik siti nurhaliza…tapi perangainya tidak seindah mana..rasanya kecantikan boleh di tolak tepi.

Lihat saja yang cantik molek di kaca TV , berapa ramai dari mereka yang boleh dijadikan CONTOH? Rasanya tidak sampai 10 % pun.

Pada seorang lelaki kelemahannya adalah SEORANG WANITA. Namun bagi seorang manusia lembut bergelar wanita kelemahan utamanya bukan LELAKI tetapi PERHIASAN dan aksesori. Betul tak wahai wanita diluar sana?

Pada sang lelaki, kecantikan itu bukan hanya pada solekan dan rupa paras, tapi kecantikan itu lahir dari gerak geri dan tingkah laku. Ia boleh diibaratkan anda mahu membeli sesuatu yang berharga dan anda lihat dari jauh seribu satu kesempurnaan namun bila anda sudah milikinya …rupa-rupanya ianya TIDAK berguna.

Bayangkan anda ingin memiliki sebuah rumah Banglo dua tingkat yang harganya mencecah ratusan ribu. Hanya dengan cat yang menarik dan rekaan yang hebat lalu anda membuat keputusan memilikinya. Tiba-tiba setelah memilikinya ….barulah anda tahu sebenarnya struktur binaan banglo itu tidak kukuh. Retak sana dan sini.

Perumpamaan yang saya bawakan bukanlah bermaksud menyamakan WANITA yang begitu mulia dengan rumah. Tetapi sekadar untuk memberi gambaran lebih jelas.

Sebab itulah sesetengah lelaki lebih suka melihat STRUKTUR nya dari Warna dan rekaan luarnya. Dengan kata lain, penampilan luaran kadang-kadang menjadi ukuran dalam pemilihan namun ianya bukanlah yang UTAMA.

Namun begitu kecantikan tidak boleh dinafikan juga wujud dalam pemilihan seorang lelaki. Sudut pandangnya sedikit berbeza dengan apa yang wanita fikirkan. Saya berikan contoh seperti dibawah:

CANTIK PADA LELAKI:

- Kelihatan kemas dan penampilan bersih dan akhlak HEBAT. Namun had yang lelaki tetapkan bukanlah sempurna 100% . Contoh mudah nak bagi faham adalah tentang MASAKAN.

” Lelaki bertanya: Adakah awak pandai memasak?” Lalu jawab wanita: TAK pandai.

Apa yang lelaki fikir dari pertanyaannya : Memasak yang diinginkan lelaki adalah tahu serba sedikit. Bukan perlu tahu semua jenis masakan. Cukup sekadar pandai nasi goreng, mee goreng..masak telur dan jenis yang `simple2` jer.

Wanita tadi mungkin rendah diri lalu menjawab “TAK” disebabkan merasakan dirinya tidak lengkap habis semua resepi lagi. Oleh itu jawapan yang sesuai adalah : “Tahu juga la sikit-sikit”.

Ini kerana lelaki memahami ayat yang diberikan secara `DIRECT` tetapi perempuan memahami secara `INDIRECT` atau yang tersirat.

Contoh lain nak bagi mudah faham: “BENCI” . Jika perempuan mengatakan BENCI pada lelaki maka dia bermaksud tidak suka akan sesetengah tindakan lelaki itu. Bukanlah maksudnya sangat-sangat bensi.Tapi sekadar nak ekspresikan ketidakpuasannya supaya mendapat perhatian.

Tetapi apa yang lelaki fikirkan adalah: PEREMPUAN ITU SANGAT-SANGAT BENCI KANNYA. Lihat perbezaan pemahaman ini menyebabkan salah faham dalam rumah tangga.

Contoh diatas diberikan untuk memberi kejelasan pada anda yang mungkin sedikit kurang faham tentang lelaki. Diharap memahami apa yang saya cuba sampaikan. Sekian.

Monday, August 1, 2011

wanita bertudung tapi berbogel~uikss!

ihya ramadhan,..

Tudung atau jilbab, memang kewajipan bagi setiap wanita..yang bergelar seorang wanita islam..ya,saye akui ramai wanita yang bertudung..tapi sejauh manakah cara mereka bertudung dan menutupi perhiasan yang ada pada setiap wanita tu..?? Zaman sekarang ni apa yang saye dapat lihat, tudung bukan dah jadi sekadar kewajipan tapi satu keperluan fesyen. Kalau dulu orang tak kisah sangat pasal tudung-tudung nie tapi sekarang memang sangat kisah. Macam macam jenis tudung ada sekarang. Pendek,panjang,labuh,singkat,berbelit- belit,berpusing- pusing, and macam macam lagi la..sampaikan saye sendiri pun tak tahu n pening lah dengan bermacam-macam jenis tudung nih..yela,secara jujurnya memang saye ni tak berkemahiran pun dalam fesyen-fesyen bertudung nih..jadi,saye tak de hak nak bercakap lebih. Itu semua pilihan masing-masing la kan..Apa yang dipilih adalah apa yang mereka rasa terbaik untuk diri mereka.Berbalik kepada tajuk asal. .
Saye kat sini sebagai seorang wanita,memang sangat-sangat malu nak postkan gamba macam ni..Tapi sebagai perkongsian dengan semua,saye kena jugak tunjukkan gambar ni...Jadi silalah nilai sendiri yek!..




bogel

ada jugak ek manusia yang 'terlalu berfesyen' sampai macam ni?daripada pakai macam ni bagi saye,baikla hang bogel terus, lagi la ternganga mamat yang duduk situ nak tengok kau. Free of charge lak tuh mamat memana tengok..Dah nak tunjuk sangat, haa tunjuk pi kat semua orang!.. buat pa nak cover-cover kan??


p/s: ni makhluk manusia yg dikatakan sendiri dalam quran,berpakaian tapi berbogel...
Chait! tak malu punye pompuan!memalukan kaum hawa jer!aku pun tompang malu...~gilooo..kalau ampa tak cukup kain,aku buleh bagi derma lah..dammm..

ramadhan..sekali lagi..

Ramadhan menyingkap semula kenangan kita semua...
jika dahulunya senantiasa kita bersama,
tetapi ramadahan kali ini bagi kami semua menyambutnya,
dengan kadar yang biasa,
tanpa seorang insan yang disisi kami adalah pendidik,
rindunya aku pada seorang insan yang bergelar ABAH,
oh ..no...my tears fall down again along my face,
Why? it is because i miss my ABAH..
Sekali lagi...
Ramadhan tanpa ayahanda tercinta...


-Al-Fatihah buat ABAH kesayanganku, Allayarham Hj Idris Bin Ariffin-



:p/s .. kau tahu ku merinduimu....oh..kasih...ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna...