Saturday, July 30, 2011

cerpen ringkas : Muka Buku


Hari ni genap empat bulan aku mengenali dirimu... walaupun melalui Facebook, kita mesra... seolah-olah sudah lama mengenali... rupa-rupanya kamu adalah senior di sekolah menengahku dahulu...
Mungkin kita pernah bersua, berselisih jalan, beratur di barisan yang sama 7 tahun yang lepas...dan mungkin juga aku pernah melihatmu.. namun, siapa sangka ,siapa menduga... perkenalan yang tidak pernah terjadi 7 tahun lepas... menemukan jodoh kita...
Alhamdulillah... kita ditemukan dengan kemajuan teknologi... melalui Facebook... kalau dalam bahasa melayunya,Muka buku.. perkenalan yang langsung tidak disangka...
"Salam... tenkiu 4 accept.."
Aku menjawab : "wassalam..same-same..thanx 4 add jugak.."
"teknik ** kn dulu?"
aku menjawab dengan ringkas : "iye"
"SPM tahun bile?"
aku menjawab lagi :"2006.knape awak teknik ** jgk ke?"
"oo.. aah tapi taun 2005"
aku mula bertanya :"owh,senior..macam pernah kenal.."
"ye ke kenal..kite dah abes low profile dah waktu sekolah dulu.."
aku menjawab lagi dengan jawapan yg agak panjang :"itulah,rase mcm pernah kenal..awak dulu yang selalu jadi MC waktu assembly sekolah dulu kan?yang conduct doa kat depan tu?"
"iye la kot,betul la tu..hehe.."
aku menjawab lagi :"jadi,kena panggil abang senior la ni?"
Kami bertukar cerita... walaupun kami tidak pernah bersua muka dan masing-masing tidak pernah kenal mengenali,akhirnya dalam satu bulan... Kami telah bertukar nombor telefon..
Hanya selepas sebulan kemudian kami berkenalan, dia menyatakan hasratnya untuk menyunting diriku,tetapi melalui beberapa kiasan yang pada mulanya aku sendiri kurang fahaminya..

26 JUN **** tarikh keramat.
"Fazlin dah minta restu ibu ayah fazlin belum tentang hubungan fazlin dengan Fahmi ni?..Kalau Fazlin x keberatan, Fahmi nak minta restu daripada ibu ayah Fazlin mengenai hubungan kita ni..Bukan apa,restu ibu ayah itulah perkara yang terpenting dalam meneruskan sesuatu hubungan..at least nanti kedua-dua belah pihak keluarga kenal dengan siapa anaknya berhubung selama ni.."
entah kenapa hati aku terdetik dan terbuka untuk menerimanya dan mendengar kata-katanya walaupun aku tidak mengenali dirinya..iyela,senior sekolah je pun,tu pun kami tak pernah bersua muka..
akhirnya pada tarikh keramat ini,dia menemui ayah dan ibuku untuk meminta restu daripada kedua orang tuaku..Ya Allah ya tuhanku,Engkau sahajalah yang Maha Mengetahui segala isi hati Hamba-hamba-Mu ini..Aku dapat melihat betapa murninya sebuah cinta yang kecil selain aku masih dalam perjalanan mendapatkan CINTA yang besar..

Tanggal 1 Disember ****, aku dirisik dan sekaligus kami bertunang pada hari tersebut dan alhamdulillah bernikah pada 6 September ****...
Segalanya pantas... namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia...
Kini aku bergelar isterinya... akan aku abadikan segalanya untuk suamiku...
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Semoga perkenalan di Facebook kekal hingga ke syurga.. aku berdoa kepada-Mu ya Allah.. "kekalkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke syurga... jadikan lah aku bidadari suami ku di akhirat nanti...
~insyaallah..~

No comments: