Monday, August 8, 2011

cara memilih pasangan lelaki VS wanita

Bagaimanakah cara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan mereka? Di sini saye kongsikan bersama hasil kajian terhadap 100 orang lelaki dan juga wanita...jom kite lihat ^^,

Lelaki- Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan visual atau penampilan seseorang wanita itu. Ini kerana lebih daripada 80% lelaki memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.

Hasil daripada gambar rajah juga menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mementingkan wanita yang bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkankeegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.

Wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil pula adalah merupakan peratus yang paling sedikit didalam cara seorang lelaki memilih pasangan. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud didalam diri mereka.

Wanita- Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.

Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain daripada itu, ia juga mungkin kerana wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.


p/s: mungkin inilah lumrah hidup sebagai lelaki dan wanita..wallahua'lam bissowar..

Saturday, August 6, 2011

cantik dalam cantik luar

Salam..ini ada perkongsian sedikit untuk semua..

Pertanyaan yang berbunyi ” Apa yer yang lelaki suka pada seorang wanita..” muncul dari bibir seorang isteri menyebabkan saya kaget untuk memberikan jawapan. Saya dapat mengagak jawapan yang dimahukan pastinya KECANTIKAN.

Barangkali jika ditanya dengan semua lelaki di dunia pun, pasti pelbagai jawapan akan anda dengari. Pada si isteri tadi, semestinya lelaki menginginkan kecantikan menjadi NO 1 dalam pemilihan pasangan hidup. BETUL TAK? Padanya, kecantikanlah penentu kebahagiaan suaminya.

Namun kecantikan pada saya bukan menjadi ukuran sebenar kebahagiaan sesebuah keluarga. Jika hanya rupa parasnya secantik siti nurhaliza…tapi perangainya tidak seindah mana..rasanya kecantikan boleh di tolak tepi.

Lihat saja yang cantik molek di kaca TV , berapa ramai dari mereka yang boleh dijadikan CONTOH? Rasanya tidak sampai 10 % pun.

Pada seorang lelaki kelemahannya adalah SEORANG WANITA. Namun bagi seorang manusia lembut bergelar wanita kelemahan utamanya bukan LELAKI tetapi PERHIASAN dan aksesori. Betul tak wahai wanita diluar sana?

Pada sang lelaki, kecantikan itu bukan hanya pada solekan dan rupa paras, tapi kecantikan itu lahir dari gerak geri dan tingkah laku. Ia boleh diibaratkan anda mahu membeli sesuatu yang berharga dan anda lihat dari jauh seribu satu kesempurnaan namun bila anda sudah milikinya …rupa-rupanya ianya TIDAK berguna.

Bayangkan anda ingin memiliki sebuah rumah Banglo dua tingkat yang harganya mencecah ratusan ribu. Hanya dengan cat yang menarik dan rekaan yang hebat lalu anda membuat keputusan memilikinya. Tiba-tiba setelah memilikinya ….barulah anda tahu sebenarnya struktur binaan banglo itu tidak kukuh. Retak sana dan sini.

Perumpamaan yang saya bawakan bukanlah bermaksud menyamakan WANITA yang begitu mulia dengan rumah. Tetapi sekadar untuk memberi gambaran lebih jelas.

Sebab itulah sesetengah lelaki lebih suka melihat STRUKTUR nya dari Warna dan rekaan luarnya. Dengan kata lain, penampilan luaran kadang-kadang menjadi ukuran dalam pemilihan namun ianya bukanlah yang UTAMA.

Namun begitu kecantikan tidak boleh dinafikan juga wujud dalam pemilihan seorang lelaki. Sudut pandangnya sedikit berbeza dengan apa yang wanita fikirkan. Saya berikan contoh seperti dibawah:

CANTIK PADA LELAKI:

- Kelihatan kemas dan penampilan bersih dan akhlak HEBAT. Namun had yang lelaki tetapkan bukanlah sempurna 100% . Contoh mudah nak bagi faham adalah tentang MASAKAN.

” Lelaki bertanya: Adakah awak pandai memasak?” Lalu jawab wanita: TAK pandai.

Apa yang lelaki fikir dari pertanyaannya : Memasak yang diinginkan lelaki adalah tahu serba sedikit. Bukan perlu tahu semua jenis masakan. Cukup sekadar pandai nasi goreng, mee goreng..masak telur dan jenis yang `simple2` jer.

Wanita tadi mungkin rendah diri lalu menjawab “TAK” disebabkan merasakan dirinya tidak lengkap habis semua resepi lagi. Oleh itu jawapan yang sesuai adalah : “Tahu juga la sikit-sikit”.

Ini kerana lelaki memahami ayat yang diberikan secara `DIRECT` tetapi perempuan memahami secara `INDIRECT` atau yang tersirat.

Contoh lain nak bagi mudah faham: “BENCI” . Jika perempuan mengatakan BENCI pada lelaki maka dia bermaksud tidak suka akan sesetengah tindakan lelaki itu. Bukanlah maksudnya sangat-sangat bensi.Tapi sekadar nak ekspresikan ketidakpuasannya supaya mendapat perhatian.

Tetapi apa yang lelaki fikirkan adalah: PEREMPUAN ITU SANGAT-SANGAT BENCI KANNYA. Lihat perbezaan pemahaman ini menyebabkan salah faham dalam rumah tangga.

Contoh diatas diberikan untuk memberi kejelasan pada anda yang mungkin sedikit kurang faham tentang lelaki. Diharap memahami apa yang saya cuba sampaikan. Sekian.

Monday, August 1, 2011

wanita bertudung tapi berbogel~uikss!

ihya ramadhan,..

Tudung atau jilbab, memang kewajipan bagi setiap wanita..yang bergelar seorang wanita islam..ya,saye akui ramai wanita yang bertudung..tapi sejauh manakah cara mereka bertudung dan menutupi perhiasan yang ada pada setiap wanita tu..?? Zaman sekarang ni apa yang saye dapat lihat, tudung bukan dah jadi sekadar kewajipan tapi satu keperluan fesyen. Kalau dulu orang tak kisah sangat pasal tudung-tudung nie tapi sekarang memang sangat kisah. Macam macam jenis tudung ada sekarang. Pendek,panjang,labuh,singkat,berbelit- belit,berpusing- pusing, and macam macam lagi la..sampaikan saye sendiri pun tak tahu n pening lah dengan bermacam-macam jenis tudung nih..yela,secara jujurnya memang saye ni tak berkemahiran pun dalam fesyen-fesyen bertudung nih..jadi,saye tak de hak nak bercakap lebih. Itu semua pilihan masing-masing la kan..Apa yang dipilih adalah apa yang mereka rasa terbaik untuk diri mereka.Berbalik kepada tajuk asal. .
Saye kat sini sebagai seorang wanita,memang sangat-sangat malu nak postkan gamba macam ni..Tapi sebagai perkongsian dengan semua,saye kena jugak tunjukkan gambar ni...Jadi silalah nilai sendiri yek!..




bogel

ada jugak ek manusia yang 'terlalu berfesyen' sampai macam ni?daripada pakai macam ni bagi saye,baikla hang bogel terus, lagi la ternganga mamat yang duduk situ nak tengok kau. Free of charge lak tuh mamat memana tengok..Dah nak tunjuk sangat, haa tunjuk pi kat semua orang!.. buat pa nak cover-cover kan??


p/s: ni makhluk manusia yg dikatakan sendiri dalam quran,berpakaian tapi berbogel...
Chait! tak malu punye pompuan!memalukan kaum hawa jer!aku pun tompang malu...~gilooo..kalau ampa tak cukup kain,aku buleh bagi derma lah..dammm..

ramadhan..sekali lagi..

Ramadhan menyingkap semula kenangan kita semua...
jika dahulunya senantiasa kita bersama,
tetapi ramadahan kali ini bagi kami semua menyambutnya,
dengan kadar yang biasa,
tanpa seorang insan yang disisi kami adalah pendidik,
rindunya aku pada seorang insan yang bergelar ABAH,
oh ..no...my tears fall down again along my face,
Why? it is because i miss my ABAH..
Sekali lagi...
Ramadhan tanpa ayahanda tercinta...


-Al-Fatihah buat ABAH kesayanganku, Allayarham Hj Idris Bin Ariffin-



:p/s .. kau tahu ku merinduimu....oh..kasih...ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna...