Friday, December 27, 2013

my walimatulurus ^^ 141213

Assalamualaikum wbt..
selama ni kebizian kuasa dua dek kerana wedding saya yg bertarikh keramat 141213..
alhamdulillah..akhirnya dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi isteri kepada Muhamad Firdaus...
Syukur Ya Allah setelah sekian lama berteka teki siapakah si dia dh pun terjawab..
itulah jodoh..

Semoga kebahagiaan yg kami kecapi ini akan kekal hingga ke syurga, Ameen..

*perkenalan yg singkat akhirnya membawa ke jinjang pelamin..

sebentuk cincin dan seutas rantai tangan dan tunai sbg mas kahwin








MAJLIS AKAD NIKAH 








Thursday, October 10, 2013

sabar ajo lah..

assalamualaikum..

hari ni bertarikh 10/10/2013..hari yang mencabar..
yelah, 2 kali excident..first moto langgar keta, second, keta langgar keta org lak..
adoyaii...
2 kali dalam satu petang yg sama..bravoooo!
tapi hati berkata-kata, mungkin inilah ujian..
*mood just say : alhamdulillah..
dalam hati masa excident, istighfar bnyak-banyak,..oii kecut perut..
huhu inilah perempuan..hati mudah down..
hope berhati-hati semua di jalan raya..

 *kesian kereta mr.F saya,dh saya kasi excident,..heehe 
 sorry dear..pengalaman saya drive keta kamu..baru blajar..

Wednesday, July 24, 2013

jom kenal Hana Tajima



 Nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. 

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. 

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim



 Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.

Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.


Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.

Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.



Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.

Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.

Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

Kredit to: http://zamani84.blogspot.com/

Saturday, July 6, 2013

Kejayaan Saya adalah milik Mereka

assalamualaikum..

Gambar dapat menunjukkan pelbagai expressi..kenangan....sejarah...dan bak kata Yuna,
 "di dalam setiap gambar ada lagu"... :)



Saya bersama seorang pensyarah UTM..
Pensyarah yg banyak membantu..beliau umpama ibu sekiranya air mata saya terjatuh..
Beliaulah yg dpt menenangkan saya.Pn Rohana...terima kasih jutaan kali buatmu..

Beliau menatang saya sejak dari saya lahir...menatang bagaikan minyak yg penuh..
Inilah jasa seorang ibu..banyak berkorban demi anak-anak..
kalau nk diungkapkan jasa mu wahai ibu..tak terungkap banyaknya dan tidak surutnya air di laut..
Mak..pengubat hati dan jiwa saya..penawar segala kedukaan..

Saya sayangkan Mak..Pn Rokiah..
Sayanggggg Mak sangat-sangat!!

Inilah hadiah buat Mak..Insyaallah doamu ibu mengiringiku selalu..
(Niat di hati saya nk sambung master...hehee)

Inilah Hero saya..Ya Allah..Engkau tempatkanlah Abah di dalam kalangan orang-orang mukmin sejati..
Al-Fatihah..Allayarham Hj Idris...
Abah, setiap tawamu, pengorbananmu, sentiasa menjadi inspirasiku..
Kerinduan terhadap abah,paling sukar untuk diubati..
Sayanggggg Abah sangat-sangat!!



AND NOW,..atas segala inspirasi yang ada....


pengalaman akan mengajar kita erti kehidupan..hargailah pengalaman yang kita ada..selagi mana ianya dapat dikutip,himpunkanlah ia menjadi sebuah rentetan dalam diari kehidupan..semailah pengalaman itu buat pegangan yang positif dalam menghadapi cabaran mendatang..

mereka di-didik,mereka men-didik,
 saya ter-didik,saya men-didik..

last but not least, "ALHAMDULILLAH..THANK YOU ALLAH.."






Sunday, June 23, 2013

korean love story..i'm loving it!


my sassy girl-choon hyung...best citer nih..lagu-lagu pon best..kalau boring-boring bolehla layan citer ni untuk hilangkan stress.....hihi

Sassy Girl Chun-hyang2.jpg


Profile

  • Drama: Sassy Girl Chun-hyang
  • Revised romanization: Kwaegeol Chun-hyang
  • Hangul: 쾌걸 춘향
  • Director: Jeon Ki-SangJi Byeong-Hyeon
  • Writer: Hong Jung-EunHong Mi-Ran
  • Assistant Director: Lee Eung-Bok
  • Network: KBS2
  • Episodes: 17
  • Release Date: January 2 - March 1, 2005
  • Runtime: Mon. & Tues. 21:55
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot

"Sassy Girl, Chun-hyang” is the 2005 interpretation of the “Legend of Chun-hyang.” The story begins when Lee Mong-ryong is transferred from Seoul to a high school in Namwon, North Jeolla Province. Chun-hyang does her best to help Mong-ryong, her first love and the son of the Namwon Police Station chief, to enter a prestigious university. However, after meeting with Mong-ryong’s first love, Chae-rin, Mong-ryong’s love toward Chun-hyang is shattered, although Chun-hyang’s love remains unwavering.
One day, Byeon Hak-do, CEO of a famous entertainment company, appears in her life. He exudes confidence that he can make any woman fall for him. However, as Chun-hyang shows no interest in him, his self-esteem is damaged profoundly. Byeon Hak-do is determined to make her love him. -- KBS


Cast
Sassy Girl Chun-hyang-Han Chae-Young.jpgSassy Girl Chun-hyang-Jae Hee.jpgSassy Girl Chun-Uhm Tae-Woong.jpgSassy Girl Chun-Park Shi-Eun.jpg
Han Chae-YoungJae HeeUhm Tae-WoongPark Shi-Eun
Sung Choon-HyangLee Mong-RyongByun Hak-DoHong Chae-Rin





Thursday, May 30, 2013

pertemuan di Muka Buku kepada sebuah ikatan..

salam a'laik..


26/5 = cinta di muka buku
26/5 = sebuah ikatan

26Mei daripada sebuah perkenalan kepada sebuah pembinaan masjid..Ya Allah..betapa besarnya rahmatMu..Aku menadah tangan kepadaMu kerana Engkau telah menemukanku semula 'Rusuk kiriku'..

Seandainya telah kau catatkan 'dia' milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan kepada aku dan 'dia'..

Pertemuan yang singkat pada bulan 4 di facebook (dengan tak kenal satu sama lain..gambar di facebook pn sy tak letak,sama jugak dengan dia..) entahlah,nak dikatakan itulah jodoh dari Allah swt, sy approve dia sbg kawan di fb..
Pada mulanya sy pun tak tau si dia ni org yg dikenali kat sekolah..dia sgt low profile..dan pertemuan di fb juga membataskan kami untuk selalu berhubung..sy kalut dengan exam di universiti teknologi malaysia manakala si dia kalut dengan fyp di universiti teknologi petronas..
Mungkin dah tahun akhir kot bagi si dia kena la cari calon isteri...(katanyalah)
So, sebulan je knal tanpa tengok gambar,dia nk jumpa family sy..terkejut tak terkata..dalam hati "eh mamat nih..tak knal muka pun dia propose dh?bia betul"
dia mintak no fon mak sy, sy bg(nk uji dia betul ke tak je tyme tu)..
tiba2 waktu cuti sem, betul...Si dia call dan bercakap dengan mak dengan menyatakan hasratnya nk propose...
Dalam hati sy "Ya Allah, inikah jodoh aku??.."
dan mak pun mintak nk tgk gmba,sy pun takde gamba dia macamana sy nk bg mak tengok??huhu..
So pada hari raya yang dh 2thun berlalu,mak jemput si dia ke rumah..
Jeng jeng jeng.. raya ketiga..itulah detik pertemuan kami..bersaksikan keluarga saya..ALHAMDULILAH...
dan itulah cinta sy dan Si Dia yg datangnya daripada Allah...





keluarga cinta hati saya


Cinta Hati saya


keluarga saya


hantaran saya

hantaran si dia

saya & sahabat gelak tawa saya

saya dan cinta hati