Tuesday, June 5, 2012

APe AIR ABU@AIR SODA?


Air abu dikenali sebagai bahan dalam pembuatan mee, ia memberikan tekstur dan rasa tertentu. Kandungan air abu di pasaran tempatan berbeza-beza mengikut pengilang. Ada yang mengandungi garam silikat dan ada yang tidak. Air abu boleh dihasilkan daripada ekstrak abu tumbuh2an@abu kayu pokok. Abu kayu pokok asli dan bukan abu papan kayu, kerana papan kayu dirawat secara kimia dan mungkin akan meninggalkan surihan elemen kimia lain yang tidak sesuai.
Secara kimia, soda abu adalah Natrium Karbonat(sodium carbonate). Formula kimianya adalah Na2CO3. Ia adalah sebatian garam sodium dan asid karbonik.
Ia mempunyai banyak kegunaan domestik, antaranya : sebagai pelembut air atau water softner, digunakan dalam pembuatan kaca (soda lime glass), ia juga merupakan food additive (E500) digunakan sebagai pengawal atur keasidan, ajen anti pengetulan, ajen penaik, dan penstabil.

Natrium karbonat Na2CO3


Natrium Karbonat

Sodium bicarbonate NaHCO3
Keterangan
Natrium hidrogen carbonate (NaHCo3) atau bikarbonat soda ditukarkan kepada Natrium Karbonat (soda abu) apabila dipanaskan@dibakar. Tindak balasnya adalah seperti berikut.
2 NaHCO3 → Na2CO3 + H2O + CO2
Bahayakah bahan ini? Proses yang sama berlaku semasa pembakaran kek atau biskut, gas karbon dioksida dan air dihasilkan. Gas dan wap air panas memberi tekstur rongga pada biskut dan kek, dan meninggalkan elemen Na2COdalam biskut atau kek itu. Adakah ia bahaya?
Amaran !
Serbuk kontang (sangat kering) boleh mengakibatkan iritasi, JANGAN HIDU, JANGAN TERKENA MATA atau TERUS MAKAN begitu sahaja. Untuk memudahkan pengendalian, serbuk kontang yang dihasilkan perlu dilarutkan dengan air segera.


Selamat mencuba