Thursday, January 26, 2012

Magiknya solat dhuha bagi impak pada saya

Assalamualaikum...

to all readers, today i wanna share something special about "Solat Dhuha"..kenapa agaknya ya saya postkan mengenai solat dhuha? jawapan kepada persoalannya : ALHAMDULILLAH..  ='D


#readers, saya ni tidaklah baik mana pun..jahilnya banyak..tapi ikhtiar & keinginan untuk membuat peubahan tu membuatkan saya berkeinginan untuk mencuba amalkan solat dhuha dalam hidup saya..

---> So, here are a few advantages of Dhuha Prayer : (Sharing is Caring)



Hadith anjuran melakukan solat Dhuha:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”
(Riwayat At-Thabarani )
Ringkasan kelebihan solat Dhuha
1. Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat - ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
2. Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat - dia daripada orang-orang yang suka beribadat
3. Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat - dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut
4. Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat - Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
5. Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat - Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.
Waktu mengerjakan Solat Dhuha
Menurut hadith Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Menurut pandangan lain, Waktu Dhuha bermula sejam selepas syuruk, dan berakhir setengah jam sebelum masuk waktu Zuhur.
Cara melakukan solat Dhuha
1. Rakaat pertama
  • Membaca al-Fatihah
  • Membaca Ayatul Kursi
  • Membaca Surah Al-Syams @ surah
2. Rakaat kedua
  • Membaca al-Fatihah
  • Membaca Surah ad-Dhuha
3. Membaca doa seperti di bawah ini.
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rezeki kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.” 
SOAL JAWAB
Tanya:
Wahai Syaikh, apakah doa ini adalah doa yang shahih dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang dibaca ketika shalat Dhuha,
اللَّهُمَّ إنَّ الضُّحَى ضَحَاؤُك وَالْبَهَا بَهَاؤُك وَالْجَمَالُ جَمَالُك وَالْقُوَّةُ قُوَّتُك وَالْقُدْرَةُ قُدْرَتُك وَالْعِصْمَةُ عِصْمَتُك
“Allahumma innadhuha dhuha-uka, wal bahaa baha-uka, wal jamala jamaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrota qudrotuka, wal ismata ismatuka”?
Jawab:
Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ala Rosulillah wa ala alihi wa shohbih, amma badu:
Doa ini disebutkan oleh Asy Syarwani dalam Syarh Al Minhaj dan Ad Dimyathi dalam Ianatuth Tholibiin, namun doa ini tidak dikatakan sebagai hadits. Kami pun tidak menemukan dalam berbagai kitab yang menyandarkan doa ini sebagai hadits Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Wallahu alam.
[Fatwa Mufti Markaz Al Fatawa – Asy Syabkah Al Islamiyah, Dr Abdullah Al Faqih, Fatwa no. 53488, 1 Syaban 1425]

Thursday, January 19, 2012

bertudung labuh itu kolot?

Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la”

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

kesianlah aku tengok kau ni.”, sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

“Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas.” Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

“Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?”.

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

“Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada.”

“Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we.”

“Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu.”

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, “kerna nila setitik, rosak susu sebelanga”
. Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.


Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerana guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian.. Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak dapat membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH...
 


Wallahu alam…



lurve;
_NurHafizohIdris_

Saturday, January 7, 2012

suami relakan isteri 'diperkosa' malam pertama??


entri di bawah ini hanya untuk dikongsi sahaja..yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikanlah ianya sempadan..got it guys?.. ^^

Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.
Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.
Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.
Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.
Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.
Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.

nota kaki:  wahai bakal-bakal pengantin sekalian ,silalah mencuba untuk mengambil berat soal aurat bakal isteri anda...Wallahua'lam bissowar..

dicapai oleh   http://www.informasi.my/suami-dayus-rela-isteri-diperkosa-sebelum-malam-pertama/

Thursday, January 5, 2012

saya sayangkan mereka dan kamu pembaca


Salam….
Tiba-tiba terdetik hati dan emosi saya untuk entri kali ini.
Entri ini saya tujukan buat semua orang dan juga buat  diri saya sendiri khasnya dan kepada teman2 amnya..hayatilah…
Saya terpanggil untuk menulis rasa hati saya tentang sikap manusia yang ada dimuka bumi ini, termasuklah saya.Saya mulakan dengan satu contoh yang biasa kita jumpa disekeliling kita. Ada seorang ustaz yang berceramah disurau..dan berbakti untuk surau. Selalu menegur orang lain yang melakukan kesilapan dan mengajak teman teman untuk sembahyang dan berbuat baik. Tapi akan ada suara2 sumbang yang berkata “alah…kubur lain2, suka hati akulah…” dan peribadi ustaz itu sendiri sangat mulia. Tapi dibelakang takbir, ada seorang anak ustaz itu menjadi penagih dadah, dan melakukan perkara2 yang mengundang dosa besar. Bagaimana anda mengandaikan situasi ini. Pasti anda akan berkata “eleh…jaga rumahtangga sendiri, tak payah sibuk pasal orang lain” atau “keluarga sendiri kelam kabut, camne nak betulkan orang lain”
Saya juga macam orang lain. Tidak saya nafikan yang saya juga selalu berkata begitu. Tapi banyak contoh didepan kita yang menjurus kepada yang positif. Tidak ada seorang pun orang didunia ini yang mahu perkara buruk berlaku didalam keluarga dan persekitaranya.
Didalam perkisahan saya sendiri, saya sangatlah berterimakasih sekiranya berlaku peneguran dari sahabat atau teman2 yang melihat perkara bengkok yang berlaku. Apabila perkara buruk yang berlaku, dan dibahaskan dibelakang kita, tidak akan ada perubahan yang dapat kita lakukan. Ada kala perbuatan dan perlakuan yang terjadi tidak kita sedari, walhal ianya sangat menyakitkan orang lain dan mengundang ketidakselesaan kepada orang lain juga.
Perkisahan saya pernah terjadi perit,Alhamdulillah setelah bertahun lamanya saya jahil,teman-temanlah yang sentiaa menasihati saya sehinggalah saya menjadi SIAPA saya pada hari ini.Namun seperti yang saya katakan tadi, setiap nasihat teman-teman terhadap saya dahulu daripada apa yang saya lihat,nasihat tersebut dilakukan mereka sediri pada hari ini.Saya sayangkan teman-teman dan sahabat saya,saya tidak mahu mereka mengulangi kesilapan saya.SIAPA saya pada hari ini adalah sahabat saya pada masa dahulu.
Untuk mengeluarkan nasihat kepada orang lain, jangan tunggu sehingga anda sempurna seperti malaikat. Kerana anda seorang manusia, bukan malaikat. Malaikat juga adalah malaikat, dan bukan seorang manusia.Yang memberi nasihat, harus lebih bermujahadah dan istiqamah terhadap apa yang meluncur keluar dari bibirnya. Manakala yang mendengar nasihat harus berlapang dada dan jangan sesekali menyindir nasihat seseorang. Dengarkan apa yang ingin dikatakannya, dan nilailah.
Banyak ilmu, sempurna pendidikan, kuatnya iman tidak menjadi ukuran untuk seseorang memberi nasihat sesama manusia. Ada yang salah sangka apabila diri belum menjadi seorang yang sangat baik, maka dia tidak layak untuk memberi nasihat.Setiap apa yang kita lakukan, kita perkatakan, pasti akan dihisab pada hari akhirat kelak.

Nota Kaki : Manusia memang sifatnya pelupa. Oleh itu janganlah ego, hidup di dunia. Biarlah hati itu tunduk lebih rendah dari rumput yang ada di bumi. Kerana disitu kemuliaan seorang hamba. Terimalah nasihat dengan seadanya dan berlapang dada. InshaALLAh, ALLAh itu sentiasa menilai setiap satu dari kita semua...