Tuesday, September 13, 2011

warkah Cinta buat yg si Dia

Kehadapan buat kekasihku yang aku rindu selalu,

Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara.Terasa lama benar aku tidak memantau-mantau keadaan dirimu.Tetapi memandangkan engkau sering mengadu akan keadaan dirimu yang semakin sakit dan serius,aku kuatkan juga jari-jemari ini untuk menulis sesuatu buatmu.

Kekasihku,pertamanya aku ingin meminta maaf kerana aku selalu cenderung untuk mementingkan diriku sendiri.Tidak selalu aku memberi perhatian kepadamu.Sedangkan diriku, aku cukupkan dengan makanan yang cukup dan sedap-sedap, serta perhiasan yang indah-indah.Aku tahu aku juga sering sahaja sibuk dengan kehidupanku sekarang.

Sedang dirimu sering terabai.Tidak cukup makan menyebabkan engkau kelihatan sangat lemah.Tidak juga diberi layanan kasih sayang sehingga menyebabkan engkau sakit.Maafkan aku wahai sayangku..

Kekasih, aku tahu bahawa aku bukanlah insan terbaik untuk memberi kata-kata semangat buatmu. Apatah lagi memberi nasihat. Tetapi memandangkan aku tidak mampu hidup tanpamu kerana tanpamu aku ibarat bangkai bergerak, aku kuatkan diri juga untuk membantumu dengan kehadiran warkah ini.

Kekasih… aku tahu bahawa sangat banyak perkara-perkara yang menjadi musuhmu.Yang menyebabkan engkau lemah terus-menerus.Kadang-kadang harta kekayaan datang kepadamu, lantas kau terleka.Ketika lain,cinta dari manusia datang menyentuhmu,buat kau terawang sendiri.Kadang-kadang rasa malas,penat,bosan mula menyinggah…membuatkan engkau jatuh tersembam.

Sayangku… tiadalah apa yang dapat aku katakan melainkan menyuruh engkau terus bersabar dan bersabar.Cekal dan terus cekal dengan dugaan-dugaan yang datang menggoyah dirimu.Aku tahu ia amat susah.Memerlukan pergorbanan yang sangat tinggi juga memerlukan mujahadah yang sangat tinggi..

Kekasih…bukankah KEKASIH kita Yang Abadi ada berpesan didalam surah Ali-Imran ayat 200,
Wahai orang-orang beriman,bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah.
Jadi.. apa lagilah yang kita ada melainkan dengan bersabar sungguh-sungguh?
Kekasih…ingin aku memujuk lagi dirimu dengan janji KEKASIH kita,
Sungguh,orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,untuk mereka disediakan syurga Firdaus sebagai tempat tinggal,mereka kekal didalamnya,mereka tidak ingin pindah dari sana. (Al-Kahf:107-108)
Tidak mahukah kita bersama di syurga nanti?
Kekasih…oleh itu aku seru kepadamu.Moga-moga kau dapat bersatu dengan diri ku,sama-sama kita lengkap-melengkapi menuju ke tujuan akhir kita.Akan ku cuba menjaga dirimu sebaik-baiknya selepas ini.
Aku ini…aku tidak ada apa-apa…
Melainkan dirimu…kekasihku…
Sebagai bukti cintaku kepada Pencipta kita,Allah SWT.
Engkau sahajalah yang dapat ku bawa bersama pulang menemuiNya…
Bertahanlah dan bersabarlah wahai hati!
Ikhlas daripada,
Jasad tempat engkau menumpang.

Friday, September 2, 2011

wanita

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.
-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.

p/s : ->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami..