Thursday, April 21, 2011

21 april..2 tahun kesayuan dalam hatiku..~~

abah.. kenapa abah pergi terlalu cepat. tinggalkan kami.. dah 2 tahun abah pergi jauh tak kembali.. kami rindu abah.. rindu yang teramat sangat... masa abah menghembuskan nafas terakhir.. x sempt aku melihat degupan jantungnya.. tapi kenapa abah... soalan yang tak patutnya aku tanya... kerana mempersoalkan.. kejadian dan kerja ALLAH...
hari- hari yang kami semua lalui tak sama seperti ketika abah masih ada..
hari raya.. tak seperti ketika abah masih ada... gelak tawa abah sentiasa di ingatan... kesusahan yg abah dah alami...tu sume jadi ingatan kami...
segalanya tak sama!!!!!keluarga kita dah tak sama macam dulu..
kalau abah ada sekarang,tentu seronok. tentu abah dapat tgk aku kecapi segulung ijazah,tanda usaha abah dan mak membesarkan kami anak-anak... tapi sekarang....
kalau abah ada tentu abah tau apa nak buat, apa nak cakap..
rindukan suara untuk berimamkan abah...
masih segar dlm ingatan ...ketika abah selalu kejutkan kami adik beradik dari tido... dengan suaranya yg lantang luarannya tp dalamannya suci..
rindu masa kami selalu pergi bercuti berkelah satu family..rindu dgn segala kenangan kami dan abah..
walaupun aku tau dalam hati abah ada kesempitan hidup disebabkan untuk membesarkan kami adik beradik,tp abah didik kami dengan baik sampai kami berjaya..aku sayangkan abah..
sedih tapi itulah hakikatnya... yang aku redha dan terima kehendak illahi.....

Friday, April 8, 2011

adakah itu hati??


Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?

Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati...

serba x kena

"Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu. Namun seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku."

"Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya...."

"Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakat yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi."

"Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi."

"Wajah yang tenang, tutur kata yang lemah lembut dan kebaikan tingkah laku mampu memikat hati sesiapa jua termasuk mereka yang cerewet, keras hati dan ego."

"Each moment with you is just like a dream to me, that somehow come true and I know tomorrow will still be the same because we've got a life of love that won't ever change."

"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu...."