Thursday, January 28, 2010

soya membebel...

aih byk pulak kejer minggu ni..ntahla ape yg mengganggu fikiran aku sampai aku rase x dak masa lak untuk smuanya..
ni dah petang,tp aku still ngadap laptop ni..
tp nyaman nye ase..kn ke lg best kalau aku dpt hirup udara segar,penuh dengan kehijauan,tenteram,sunyi,ade bunyi burung2 berkicau..tringin sgt tau..tu la yg aku dok impikan slama ni..tp x tercapai lg pon..huhuhu angan2 je lbey..
ermm tp x pe kn agn2..x salah pon..kdg2 angan2 tu blh watkan ie jd kenyataan..
sebut pasal kenyataan, agak2 bile la impian aku blh jd kenyataan ni..huhu
insyaallah nnti le tuh..
sem ni aku ade blaja byk benda yg2 best2..hah yg takut2 pn ade tau ex"kimpalan gas..hahaha x larat dh kua air mata ni,tp tu la mcm yg aku ckp,pengalaman,..
hidup ni kna ada pengalaman..x best la kalau die straight jer..kne gak enjoy(mcm pnh dgr ayat ni)huhu.
well,minggu dpn aku dh nk kna wat mcro teaching...opss smlm aku lupa nk gtau,aku g klinik lg..amek ubat.fobianya bila sakit jd lg..thanx to fara yg temankan aku g klinik..tp aku x puas hati la,doc laki yg check aku..so ntah pa pe yg die mepek pn aku x tau..cam x lyk je jd doktor..hmm pk2 blik,nnti kte dh jd ckgu,cmtula anak2 murid kite judge kite tau..heheh.
k la next time aku ada masa,aku tulis lg..sian gok tgk blog ni sunyi jer..cam umah aku skang ni yg mkin sunyi..ade mak jer..sayang mak,sayang abah..muahhh.
assalamualaikum.. =)

Sunday, January 17, 2010

bEnDa


benda yang baru kalau kita dapat memilikinya,mesti kita akn jaganya elok2..
kalau nk dibandigkan dengan benda yang lama,mesti berlainan sama sekali..
benda yang lama kalau dah usang, x sapa pon yang amek peduli..
tapi kalau benda baru,banyk kegunaannya,pasti berbondon2 yang membelai..
benda yang baru mesti ada yang kurang dan lebihnya,
sama jugak dengan benda yang lama..
tapi yang pastinya, benda bru ni x kan sama punya drp benda lama...betul x??
benda yang baru kalau rosak mudah dicari ganti,
tp benda yang lama kalau dah rosak sekalipun, sukar dicari dan sentiasa jd ingatan dalam hati..

sOlAt??

HUKUM QADA SOLAT

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..hari ni aku saja ja nak post blog baru pasal solat...Aku tau x da sorang pn yang sempurna solatnya selain nabi2 kita n sahabat2 baginda..Aku terasa benda ni penting sangat untuk kita tau..Kat sini saja aku nak bagi beberapa hadis tntg hukum solat....Semoga kita dapat tambahkan ilmu dan memanfaatkannya supaya kita x kan ulang benda yang sama lg..Insya allah..



Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Seseorang yang telah meninggalkan solat sehingga terluput waktunya,kemudian mengqadakan waktu itu maka dia akan diseksa di dalam neraka selama satu HUQUB.Satu huqub adalah sama dengan 80 tahun.Satu tahun mengandungi 365 hari dan satu hari(di akhirat) bersamaan dengan seribu tahun (di dunia ini)


Mendengar daripada hadis di atas baru kita tahu bahawa dengan meninggalkan satu solat,kita akan diseksa(kalau ikut kiraan Math) selama dua puluh lapan juta lapan ratus ribu tahun/28800000 tahun.Tempoh ini hanyalah sekiranya tidak ada kesalahan lain.Kalau ada, ditambahlah lagi....

Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Katakanlah Ya Allah,jangan jadikan seorang pun di kalangan kami orang yang celaka lagi tersingkir dari RahmatMu",kemudian Baginda bersabda"tahukah kalian siapakah orang yang celaka lagi tersingkir dari Rahmat Allah s.w.t itu? Atas permintaa para sahabat Baginda s.a.w bersabda ,"orang yang celaka lagi tersingkir dari Rahmat Allah adalah orang yang meninggalkan solat,dia tidak mempunyai apa-apa bahagian pun dalam Islam.


Diriwayatkan juga dalam sebuah hadith bahawa sepuluh golongan akan diseksa denga dahsyat,salah satu golongan adalah yang meninggalan solat.Tangan mereka akan diikat,sementara malaikat pula akan memukul muka dan belakang mereka.Syurga akan berkata "Aku tiada hubungan langsung denganmu.Aku bukan untukmu dan kamu bukan untukku."Sementara neraka pula akan berkata kepada mereka, "Mari,mari kepadaku,kamu untukku dan aku untukumu



p/s: Masyaallah...seksanya pembalasan di akhirat..kalau di dunia byk dugaan,maka byk lg dugaan yang perlu kita tempuh di akhirat kelak.. Wallahua'lam..

Thursday, January 14, 2010

.........,,,

ya allah,
banyak sungguh ujian yang dah engkau turunkan padaku..
sampai kadang2 aku dh x dpt nk bertahan lg ya allah..tetiba ja aku ada terbaca satu blog ni yg dh tmbat hati aku untuk tidak terus melatah..

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawamereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKUIDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-SurahAl-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapaikemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-SurahAl-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
bissmillah ar-rahman ar-rahim...
sentiasa ku membacanya,
fatihah yang ikut dibelakangnya
adalah jaring yang kulempar untuk menangkap harapan
tertangkap atau tidak impian,
biarlah tanpa putus asa

ada waktunya
kekecewaan berubah gembira
ada hari berlainan pula
kegagalan berganti keberhasilan

doa sakit setiap selesai berpaling salam
dalam tafakur mengingat kekurangan
adalah memohon kelapangan dari kehilangan
Allahuma fariz hammal mahmuumiin
wa nafis kurrabal maqrubiin
wa a-qhi daina 'ani l-madiiniin
wa s-fii maradhona wa maradho l-muslimiin


jika engkau sakit
sembuhkan dengan sedekah
begitu bunyi ajaran
jika engkau menghadapi kelapangan
ingatlah pada orang yang kekurangan
jika engkau menghendaki keselamatan
jagalah hati dan akal fikiran
agar tetap menghamba dan menghiba dalam harapan
untuk meraih redha dan perkenaan Allah s.w.t

sumber setiap sakit ada disini
dalam hati sanubari
sembuhkan dengan memberi
cerahkan dengan berbagi
hidupkan dengan simpati